Buka Kotak & Pandangan Pertama Redmi 10
Salam sejahtera kepada Semua Peminat Xiaomi yang Dikasihi,
Apa khabar anda dalam musim Pelan Pemulihan Negara (PPN) ini? Semoga anda semua dalam keadaan sihat seperti biasa. Jaga diri anda dan mengikuti SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Hari ini, saya ingin berkongsi dengan anda bahawa peranti kelas permulaan yang baru sahaja dilancarkan di Malaysia, iaitu Redmi 10. Redmi 10 telah naik tahap dari segi kamera dan skrin paparan berbanding dengan generasi sebelum ini, Redmi 9. Saya telah terima Redmi 10 (Pebble White) dalam 4GB RAM + 64GB Storan yang terbaru pada hari ini. Sebelum kita berbincang spesifikasi Redmi 10, marilah kita buka kotak Redmi 10 ini sekarang juga.
Kotak Redmi 10 adalah yang pertama yang dicetakkan dengan logo Xiaomi terbaru. Di sebelah kotak tertulis “with easy access to the Google apps you use most” untuk memastikan kita mengetahui bahawa Redmi 10 ini mengandungi aplikasi-aplikasi Google yang anda selalu menggunakan.
Selepas anda telah menanggalkan penutup kotak, anda akan nampak kotak kecil yang dicetakkan “Powered by Redmi” mengandungi aksesori-aksesori seperti berikut:
- Alat Pembuka SIM
- Panduan Permulaan Pantas Redmi 10
- Informasi Keselamatan Redmi 10
- Kad Waranti
- Sarung Pelindung
Seterusnya, anda akan nampak Redmi 10 yang telah dibalut dengan penutup plastik yang dicetakkan dengan spesifikasi peranti Redmi 10 seperti di berikut selepas anda menanggalkan kotak aksesori kecil.
- 50MP Kamera Berempat AI
Pembesar Suara Berdua - 90Hz 6.5" FHD+ Paparan Titik
Paparan AdaptiveSync - MediaTek Helio G88 Berprestasi Tinggi
Pemproses Lapan Teras, Sehingga 2.0GHz - 5,000mAh Bateri Berkapasiti Tinggi
Menyokong Pengecasan Pantas 18W
Di bawah kotak mengandungi penyesuai pengecas dan kabel USB Type-C. Jika anda membaca deskripsi yang dicetak di sebelah penyesuai pengecas tersebut, ia boleh menyokong sehingga 22.5W.
Secara keseluruhan, yang berikut adalah barang-barang yang terdapat di dalam kotak Redmi 10:
- Redmi 10
- Penyesuai Pengecas 22.5W
- Kabel USB Type-C
- Alat Pembuka SIM
- Panduan Permulaan Pantas Redmi 10
- Informasi Keselamatan Redmi 10
- Kad Waranti
- Sarung Pelindung
Selepas membuka kotak Redmi 10, marilah kita lihat pada sekeliling peranti Redmi 10 dan bincang lebih spesifikasi mengenai Redmi 10.
Redmi 10 membawakan 6.5 inci Full HD+ Skrin Paparan Titik dengan kadar muat semula 90Hz. Paparan AdaptiveSync dalam Redmi 10 mampu melaraskan kadar muat semula (45Hz / 60Hz / 90Hz) bergantung kepada kandungan secara automatik. Resolusi paparan Redmi 10 menyokong sehingga 2400 x 1080 dan juga menyokong Mod Baca 3.0 dan Mod Cahaya Matahari. Paparan depan dalam Redmi 10 dilindungi dengan Corning® Gorilla® Glass 3. Berat Redmi 10 ini adalah 181 gram.
Tambahan lagi, Redmi 10 telah dilengkapi dengan 8MP Kamera Depan (f/2.0), dan juga menyokong Buka Kunci Muka AI. Redmi 10 telah dipasang dengan MIUI 12.5 berdasarkan Android 11.
Selain itu, Redmi 10 menampilkan 50MP Kamera Berempat AI, termasuk 50MP kamera utama (f/1.8), 8MP kamera sudut lebar (FOV 120°, f/2.2), 2MP kamera makro (f/2.4), dan 2MP kamera kedalaman (f/2.4).
Tambahan pula, Redmi 10 memakai MediaTek Helio G88 yang dibuat dalam 12nm proses pembuatan. MediaTek Helio G88 mempunyai CPU Lapan-Teras yang beroperasi sehingga 2GHz, dan GPU Arm Mali-G52 MC2 yang beroperasi sehingga 1GHz. Redmi 10 datang dengan LPDDR4X RAM dan Storan eMMC 5.1.
Lebih-lebih lagi, Redmi 10 menyokong kedua-dua 2.4GHz dan 5GHz Wi-Fi untuk Rangkaian Tanpa Wayar dan Bluetooth 5.1. Selain itu, Redmi 10 mempunyai Peletup IR untuk mengawal TV atau alat-alat perkakas elektrik lain seperti alat penghawa dingin, projektor dan lain-lain. Redmi 10 juga mempunyai 3.5mm bicu fon kepala. Bukan itu sahaja, Redmi 10 menyokong FM Radio dengan fon kepala.
Redmi 10 mempunyai pembesar suara berdua. Redmi 10 datang dengan 5,000mAh Bateri dan menyokong pengecasan pantas 18W dan pengecasan wayar terbalik 9W dengan port USB Type-C.
Redmi 10 mempunyai sensor cap jari tepi untuk memudahkan anda membuka kunci peranti semasa memegang.
Selain daripada itu, anda boleh masukkan dua kad nano-SIM dengan kad microSD sehingga 512GB dalam Redmi 10.
Kesimpulannya, ini adalah spesifikasi peranti bagi Redmi 10.
- 6.5 inci Full HD+ Skrin Paparan Titik
- Kadar Muat Semula 90Hz dengan AdaptiveSync (45Hz / 60Hz / 90Hz)
- Corning® Gorilla® Glass 3 depan
- Berat: 181 gram
- MediaTek Helio G88, 12nm proses pembuatan, sehingga 2GHz
- LPDDR4X RAM + Storan eMMC 5.1
- MIUI 12.5 berdasarkan Android 11
- 50MP Kamera Berempat AI (50MP kamera utama + 8MP kamera sudut lebar + 2MP kamera makro + 2MP kamera kedalaman)
- 8MP Kamera Depan
- 5,000mAh Bateri
- Pengecasan Pantas 18W, Pengecasan Wayar Terbalik 9W (Pengecas 22.5W dalam Kotak)
- USB Type-C
- Sensor Cap Jari Tepi
- Buka Kunci Muka AI
- Pembesar Suara Berdua
- 3.5mm Bicu Fon Kepala
- Storan Boleh Dikembangkan Sehingga 512GB
- Slot SIM 2 + 1
- 2.4GHz / 5GHz Wi-Fi
- Bluetooth 5.1
- Peletup IR
- FM Radio (dengan Fon Kepala)
Pada pendapat saya, rekaan Redmi 10 nampak premium dan anggun. Di belakang Redmi 10 seperti mempunyai tekstur matte dan tidak meninggalkan cap jari. Walaupun sarung pelindung yang dibekalkan dalam kotak Redmi 10 lembut sedikit tapi dia melindungi empat penjuru peranti tersebut.
Anda boleh membeli Redmi 10 (4GB RAM + 64GB Storan) dengan harga RM 649 dan Redmi 10 (6GB RAM + 128GB Storan) dengan harga RM 749 di mana-mana Mi Store, Lazada dan Shopee bermula pada 20hb Ogos 2021 (Jumaat).
Leave a Comment