Ulasan Pengalaman Kamera dengan Redmi 10

Salam sejahtera kepada Semua Peminat Xiaomi yang Dikasihi,

Apa pendapat anda terhadap rekaan Redmi 10? Adakah peranti tersebut nampak cantik dan anggun? Redmi 10 adalah Siri Redmi yang pertama yang menaik tahap pengalaman fotografi dengan memperkenalkan 50MP Kamera Berempat AI. Berbanding dengan generasi sebelum ini, peranti Redmi 9 dilengkapi dengan 13MP Kamera Berempat AI. Bagaimanakah prestasi kamera dalam Redmi 10? Sebelum kita sama-sama lihat sampel gambar dan video yang ditangkap dengan kamera Redmi 10, marilah kita merakam semula spesifikasi kamera dalam Redmi 10.

50MP Kamera Berempat AI

  • 50MP Kamera Utama (f/1.8)
  • 8MP Kamera Sudut Lebar (FOV 120°, f/2.2)
  • 2MP Kamera Makro (f/2.4)
  • 2MP Kamera Kedalaman (f/2.4)

8MP Kamera Depan

  • f/2.0

Disebabkan Pelan Pemulihan Negara fasa pertama masih dilaksanakan di sekitar tempat tinggal saya, saya cuma mampu menangkap gambar dan video dengan Redmi 10 di taman-taman terdekat sahaja. Yang bawah adalah hasil gambar dan video yang saya menangkap dengan Redmi 10.

Mod Photo

Gambar Biasa (1x Zum)

Gambar Biasa (0.6x Zum)

Gambar Biasa (1x Zum)

Gambar Biasa (2x Zum)

Gambar Makro (1x Zum)

Gambar Makro (1x Zum)

Gambar Biasa (1x Zum)

Gambar Biasa (1x Zum)

Mod Potret

Gambar Swafoto Biasa

Gambar Swafoto Potret

Mod Video

Video (1x Zum)

Mod Video Pendek

Video Pendek (Kaleidoskop)

Video Pendek (Kaleidoskop)

Mod Malam

Gambar Biasa (1x Zum)

Gambar Mod Malam (1x Zum)

Fungsi-fungsi yang tersenarai di bawah ini adalah terdapat dalam aplikasi kamera Redmi 10:

  • Mod Pro
  • Mod Video (termasuk Bingkai Filem)
  • Mod Photo (termasuk Bingkai Filem, Penapis Getaran Emas, Cyberpunk, Ais Hitam, Tilt-Shift)
  • Mod Potret (termasuk Bingkai Filem, Pelarasan Kabur)
  • Mod Malam
  • Mod 50M
  • Mod Video Pendek (termasuk Kaleidoskop)
  • Mod Panorama
  • Mod Gerak Perlahan
  • Mod Jarak Masa (termasuk Bingkai Filem)

Mod Video Pendek dan Mod Panorama perlu dimuat turun sebelum menggunakan. Selain daripada itu, Redmi 10 telah menyediakan pelbagai penapis untuk memudahkan anda menghasilkan gambar dan video dengan kreativiti anda. Bukan itu sahaja, anda juga boleh menggunakan fungsi-fungsi yang berikut dalam aplikasi galeri kamera Redmi 10 untuk mengeditkan gambar atau video anda.

1. Padam / Seret Tera Air

Jika anda terambil gambar dengan tera air, anda boleh memadam tera air tersebut dengan menekan butang “Padam Watermark”. Bukan itu sahaja, anda juga boleh seret tera air dari bawah kiri gambar ke atas kanan.



2. Pemandangan Langit AI

Jika anda mengambil gambar di tempat melancong masa cuaca mendung, anda mungkin terfikir kenapa cuaca masa itu tidak cerah. Pada masa ini anda mungkin ingin menyunting gambar tersebut daripada cuaca mendung kepada cuaca cerah. Dengan fungsi “Langit” dalam aplikasi Galeri, anda boleh menukar kepada langit yang anda ingin seperti langit masa pagi, tengah hari, petang dan juga malam. Bukan itu sahaja, anda juga boleh menukar langit dinamik seperti Salji, Hujan, Bima Sakti dan Bunga Api. Untuk pengingatan anda, fungsi ini adalah untuk gambar yang mempunyai langit sahaja.



3. Penukaran Kabur dan Pencahayaan Studio

Anda juga boleh menukar tahap kekaburan pada gambar potret anda. Bukan itu sahaja, anda juga boleh menambah kesan pencahayaan studio supaya gambar potret gambar diambil dalam studio. Untuk makluman anda, fungsi tambahan ini adalah untuk gambar potret sahaja.



4. Editor Video

Fungsi ini memudahkan anda untuk menyunting video anda dengan menggabungkan video, memangkas bahagian yang anda ingin buangkan, menambah kapsyen, menambah runut bunyi dan lain-lain.



5. Klip

Fungsi “Klip” menggabungkan sebanyak 3 hingga 20 keping gambar dalam video pendek. Anda boleh menggunakan templat yang disediakan dan menambahkan audio dalam klip anda.

6. Kolaj

Fungsi “Kolaj” menggabungkan sebanyak 1 hingga 6 keping gambar dalam gambar kolaj. Anda boleh menghasilkan gambar kolaj anda dalam Poster, Susun Atur, atau Roll Filem.



Saya rasa kagum dengan prestasi kamera dalam Redmi 10 bagi peranti kelas permulaan. Gambar yang dihasilkan dengan 50MP kamera utama dalam Redmi 10 sangat jelas dan berwarna-warni. Bukan itu sahaja, gambar makro yang ditangkap dengan Redmi 10 sangat jelas berbanding kamera makro daripada kebanyakan peranti kelas pertengahan. Secara keseluruhan, Redmi 10 adalah pilihan terbaik jika anda ingin mencari peranti bajet dengan kamera yang gempak.

Anda boleh membeli Redmi 10 (4GB RAM + 64GB Storan) dengan harga RM 649 dan Redmi 10 (6GB RAM + 128GB Storan) dengan harga RM 749 di mana-mana Mi Store, Lazada dan Shopee.

Join our official Facebook & WhatsApp Group

No comments

Powered by Blogger.